Gambar Nikah Saiful Bukhari Dan Nik Suryani | Tahniah diucapkan kepada pasangan pengantin baru, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan pasangannya, personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman apabila selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI), tepat jam 3.30 petang tadi.

majlis akad nikah saiful bukhari dan nik suryaniSaiful Bukhari dan Nik Suryani dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan. Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101. Majlis pernikahan itu disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai. Pengantin perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.

gambar pernikahan saiful bukhari dan nik suryani

Saiful Bukhari dan Nik Suryani yang memakai persalinan berwarna putih sedondon dinikahkan di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu. Majlis resepsi pula dijadual berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini, bermula pukul 8 malam tadi.

Sumber Info dan Gambar – Sinar Harian

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.