‘Itu Gambar Lama’ – Lana Nordin | Kontroversi memang senantiasa melanda dunia artis. Namun ada kontroversi yang sengaja direka mahupun sekadar memanaskan nama mereka sahaja. Namun bagi Lana Nordin, pelakon filem ‘Chow Kit’, beliau tampil memberi penjelasan susulan gambar panasnya telah tersebar di internet sehingga menjadi perbualan ramai.

Dipetik daripada sisipan sebuah akhbar, Lana Nordin menjelaskan semua yang berlaku adalah secara tidak sengaja dan gambar itu adalah gambar lama yang dirakam ketika bercuti bersama rakan-rakan di Jakarta suatu ketika dahulu. Beliau dapat tahu gambar itu tersebar di internet melalui rakan. Soalnya, kenapa baru sekarang orang baru bercakap mengenai foto itu?. Beliau turut menafikan dia bergambar sebegitu untuk mencari publisiti.

p/s : senang… bila ada kes cakap itu gambar lama, itu kisah lama… hehe


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.