Tahniah diucapkan kepada penyanyi, Amir Jahari bernikah dengan Kartini Ismail dalam majlis yang berlangsung di Kuching, Sarawak pada pagi Sabtu lalu. Amir atau nama sebenarnya Mohamad Amirullah Jahari, 21, dan Kartini, 27, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat pukul 9 pagi pada majlis yang diadakan di Penview Hotel, Kuching.

gambar nikah amir jahari

Pada majlis itu, Amir telah memberikan mas kahwin berupa seutas rantai dan sebentuk cincin emas manakala RM10 ribu sebagai wang hantaran kepada pihak perempuan. Bagaimanapun tiada barang hantaran diberikan oleh kedua-dua belah pihak.

Tampil dengan busana dan solekan tajaan Famee Abdullah Radzi, pasangan pengantin tampak berseri dengan persalinan dari rona hijau untuk majlis berkenaan. Jom lihat beberapa foto pernikahan Amir dan Kartini dibawah yang dikongsikan oleh Amir dan Kasi Gegar Entertainment dipetik menerusi portal GUA:

Amir berkata, selepas ini dia dan isterinya akan menetap di Kuala Lumpur dan dia akan meneruskan kerjaya seninya seperti biasa. Amir juga berkata, dia dan isterinya akan berbulan madu di Kundasang, Sabah pada minggu hadapan sebelum kembali ke Kuala Lumpur.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.