Selepas menyemai cinta lebih setahun lalu, Nur Azzarima Zawari atau lebih dikenali sebagai Azza dari kumpulan Elite akhirnya mengambil keputusan berkahwin dengan kekasihnya, Azlan Zulaily di Masjid Bukit Antarabangsa di sini semalam. Azza, 34, dan Azlan, 25, dinikahkan oleh pentadbir Masjid Bukit Antarabangsa, Abdul Hakim Abdul Rahman Al-Hafiz dengan mas kahwin RM300 dalam majlis yang hanya dihadiri oleh ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Azza turut menerima wang hantaran berjumlah RM10,000 berserta sembilan dulang hantaran antaranya set wangian, sebentuk cincin dan seutas rantai, beg dan tali pinggang kulit serta sejadah manakala pengantin lelaki pula menerima 11 dulang hantaran termasuk set wangian, senaskhah al-Quran, set dompet dan sirih junjung.

Perkenalannya dengan Azlan bermula pada malam sambutan tahun baru 2011 sebelum Azza dilamar pada 1 November tahun yang sama menerusi mesej yang dilukis pada skrin komputer tablet. Sama lawa dan sama padan. Apapun tahniah ammboi ucapkan. Semoga jodoh kekal selamanya. Amin


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.