Sebuah pesawat milik Malindo Air dilaporkan terbakar di bahagian enjin sayap kiri dalam penerbangan ke Kuala Terengganu, pagi ini. Perkara itu disahkan oleh pihak Malindo Air dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi ini.

Enjin sayap kiri pesawat tersebut terbakar pada ketinggian 7,000 kaki, kira-kira lima ke tujuh minit selepas meninggalkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Juruterbang, Kapten Wong Y.Y berjaya mengikut prosedur kecemasan dan mendarat kembali di lapangan terbang yang sama.

Semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu, dan empat anak kapal pesawat yang berlepas kira-kira pukul 7.35 pagi itu selamat dan punca kejadian sedang disiasat.

Pemain tengah Terengganu, Faiz Subri memuatkan gambar enjin yang terbakar di laman sosial miliknya.

malindo air terbakar

Gambar atas adalah sayap Malindo Air yang terbakar dimuat naikkan oleh pemain Terengganu, Faiz Subri di laman sosial miliknya.

Semua penumpang kemudiannya ditukarkan ke penerbangan lain ke Kuala Terengganu.

Sumber: Astro Awani


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.