Dunia semakin hari semakin maju. Setiap hari ada sahaja teknologi terkini yang diperkenalkan. Semua berlumba-lumba untuk mencapai ke satu tahap yang mengatasi ciptaan orang terdahulu. Begitu juga dengan kenderaan utama dunia, kereta. Yang mengalami transformasi demi transformasi.

Dalam beberapa filem ada menggambarkan khayalan mengenai kereta terbang. Namun sampai bilakah khayalan tersebut akan terus jadi impian yang tak kesampaian? Sebelum ini beberapa orang pencipta telah gagal dalam penciptaan kereta terbang. Namun salah satu ciptaan terbaru ini dikatakan mampu mencerahkan harapan dunia untuk menghasilkan kereta terbang.

Prototaip kereta terbang komersial, digelar Transition, bergerak di jalan dengan sayapnya dilipat. Kenderaan yang mempunyai dua tempat duduk, empat roda dan boleh dipandu seperti sebuah kereta, serta terbang pada 1,400 kaki selama lapan minit ketika penerbangan ujian di Massachusetts, Amerika Syarikat pada 23 Mac lalu. Jet komersial terbang pada 35,000 kaki.

p/s : tak nampak sangat macam kereta.. seolah-olah kapal terbang yang berada diatas jalan jer…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.