Terkejut juga ammboi dengan penyebaran gambar dua orang sami Buddha sedang sama-sama solat berjemaah di sebuah masjid. Kononnya ada cerita mengatakan mereka tertarik memeluk agama Islam selepas takjub melihat surau yang berada dalam pasar di Rantau Panjang, Kelantan tidak terjejas dalam kebakaran besar baru-baru ini.

Namun selepas ammboi mencari beberapa info, rupanya gambar berkenaan adalah gambar lama dan ianya pernah disiarkan dalam sebuah blog pada November 2009. Sedangkan kebakaran Pasar Besar Rantau Panjang berlaku beberapa hari lepas. Maka sah-sah kehadiran dua sami berkenaan tiada kaitan dengan isu kebakaran berkenaan.

Dibawah ada beberapa gambar berkenaan:

gambar sami buddha solat gambar sami buddha solat 2

gambar sami buddha solat 3

gambar sami buddha solat 4

gambar sami buddha solat 5

Kemungkinan ada cerita lain yang mendorong sami tersebut untuk turut solat bersama. Carian yang ammboi lakukan tidak dapat memberi kepastian adakah sami berkenaan sudah memeluk Islam atau sebaliknya. Namun ia adalah satu petanda baik dan semoga Allah membuka pintu hari mereka untuk memeluk agama Islam. Insya Allah…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.