Tahniah diucapkan kepada penyanyi Adam AF2 (Akademi Fantasia 2) dan bekas anggota kumpulan Elite iaitu Fiza Elite yang sah bergelar suami-isteri dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). 

gambar majlis akad nikah adam dan fiza elite

Menurut portal mStar Online, akad nikah disempurnakan Pegawai Pendaftar Nikah Daerah Petaling, Suhaimi Ahmad kira-kira pukul 10.30 pagi. Pengantin perempuan diwakil walikan oleh, Abd Halim Abd Aziz, 59. Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran. Majlis pernikahan yang dijalankan dalam serba sederhana itu hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media.

gambar nikah adam dan fiza

Adam berkata, dia bersyukur majlis berkenaan berjalan lancar selain selesai mengharapkan hubungan itu kekal ke akhir hayat. Majlis persandingan pasangan itu akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah.

Untuk peminat Adam dan Fiza, dibawah ada beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah mereka. Layan…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.