Tahniah diucapkan kepada Produser filem Raja Azmi Raja Sulaiman, 54, yang telah selamat mengikat tali pertunangan dengan seorang gitaris, Mohd Eddie Ghazali, 45. Majlis berkenaan  diadakan di kediaman Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang semalam.

Majlis pertunangan Raja Azmi dan Eddie dimulakan dengan acara merisik diiringi dengan ucapan perbincangan oleh anak sulung kedua-dua pasangan itu iaitu Mohd Daniel, 21, bagi pihak ayahnya iaitu Eddie dan Puteri Suraya Mohd Jalani, 28, mewakili Raja Azmi.

majlis pertunangan raja azmi

raja azmi bertunang

gambar sekitar majlis pertunangan raja azmi

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan tiga dulang hantaran yang berupa buah-buahan, manisan dan coklat serta telekung. Manakala pihak perempuan membalas dengan dulang hantaran terdiri daripada jam tangan dan beg duit jenama Fossil, kemeja, kek, coklat dan biskut.

pertunangan raja azmi

Pada majlis bertunang itu, turut dilakukan ialah majlis menyarung cincin yang disempurnakan oleh ibu Eddie, iaitu Mariah Abu Samah.

Pasangan tersebut merancang akan bernikah pada 15 September depan.

gambar raja azmi bertunang

Tahniah sekali lagi diucapkan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.