Tidak dinafikan, akaun media sosial adalah milik individu berkenaan jika didaftarkan atas namanya. Terpulang kepada individu tersebut untuk memuat naik apa sahaja gambar mahupun status, tetapi biarlah berpada-pada. Kerana jika silap langkah, gambar atau status anda pasti menjadi mangsa kritikan dan tohmahan.

Lain pula dengan selebriti, bila anda memasuki dunia hiburan, segalanya milik anda akan jadi hak dan perhatian peminat. Kenalah lebih sopan dan berjaga-jaga untuk menjaga status anda disana.

instagram shila amzah terkangkang

Namun, bagai tidak ambil pengajaran dan serik dengan apa yang sudah terjadi, ‘artis bertudung kontroversi’ Shila Amzah sekali lagi memuat naik gambar ‘pelik’ menerusi laman Instagram nya.

Shila sekali lagi menjadi buah mulut orang ramai apabila memuatkan gambarnya sedang melakukan aksi atau gaya yang kurang enak dipandang untuk seorang wanita bertudung. Aksinya yang seolah-olah terkangkang membuatkan ramai peminat menegur perlakuannya itu.

Walaupun ramai peminatnya faham Shila tidak berniat yang bukan-bukan, namun sebagai selebriti dan seorang artis bertudung, dia seharusnya sudah sedia maklum bahawa setiap inci perbuatannya akan diperhatikan dan ‘dihakimi’ oleh orang luar.

Tindakannya itu telah menyebabkan ada antara peminatnya berselisih faham dan perang ‘keyboard’ antara mereka tercetus.

Tapi pelik juga dengan Shila Amzah, seperti dia sengaja memuat naik gambar berkenaan untuk mengekalkan ‘popularitinya’. Kemudian dia akan selar blog dan akhbar yang mengkritiknya dengan ayat contoh, blog tersebut langsung tidak membantu kerjaya seorang artis dan sebagainya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.