Pagi tadi, seluruh Malaysia dikhabarkan dengan berita gembira Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap suspek utama kes rompak dan bunuh pegawai bank Ambank di Kg Belungkor, Kota Tinggi, Johor. Ianya adalah salah satu bukti kecekapan polis negara kita dalam memastikan kes sebegini diselesaikan secepat mungkin.

Namun seperti biasa, sudah tentu ada ‘usikan nakal’ dari beberapa pihak mengenai berita berkenaan. Maklumlah, PDRM tidak menyiarkan gambar suspek ketika ditahan dan ia seolah-olah menimbulkan keraguan.

Jadi dibawah ammboi kongsikan foto yang disiarkan oleh beberapa pihak termasuklah menerusi Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dimana ianya gambar suspek yang dikenali dengan nama Ardi Hamza yang sudah sah ditahan. Melihat dari wajah dalam foto tersebut, sah suspek adalah sebagaimana yang disebarkan sebelum ini.

gambar suspek bunuh pegawai bank ambank ketika ditahan polis

Kecekapan dan ketangkasan pasukan Op Cantas Khas yang berjaya memberkas suspek paling dikehendaki dalam kes rompak dan bunuh pegawai bank Ambank. – Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

suspek utama kes bunuh pegawai bank ambank ketika ditahan polis

Pengawal keselamatan yang juga suspek menembak mati seorang pegawai operasi AmBank dalam kejadian rompakan di bank itu bulan lalu direman tujuh hari bagi membantu siasatan. Dia direman bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Perintah reman itu dikeluarkan pada pukul 3.40 petang ini oleh Majistret Nazri Omran di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. – Petikan Utusan Online (Gambar Sinar Harian)

Semoga suspek segera dibicarakan dan dikenakan hukuman setimpal atas kesalahan yang beliau lakukan.

p/s: Gambar suspek ni kene blur atau tak yer? Kalau kena blur sila maklumkan ammboi… (tak tahu..)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.