Pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut ditembak penjenayah kejam itu sejurus membuka sebuah peti besi berisi wang dan suspek melarikan wang berjumlah RM450,000 dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.18 petang, Rabu lalu. Hasil siasatan polis mendapati, suspek dipercayai adalah warga asing dan menggunakan kad pengenalan palsu.

Susulan kejadian itu, polis menahan dua pengawal keselamatan dan isteri suspek, kesemuanya warga Indonesia yang dipercayai bersubahat dengan penjenayah terbabit. Bagaimanapun, identiti sebenar suspek yang menggunakan nama Ardi Hamza dan mengikut kad pengenalan itu berasal dari Tawau, Sabah masih belum diketahui kerana suspek menggunakan kad pengenalan palsu dan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan dan bertugas di beberapa bank sekitar Lembah Klang.

Nombor kad pengenalan pengawal keselamatan yang kini diburu selepas menembak mati seorang pegawai operasi Ambank di Subang Jaya, Rabu lalu, disahkan tidak wujud dalam rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Ketua Pengarah JPN, Datuk Jariah Mohd Said berkata, perkara itu disahkan selepas pihaknya membuat semakan apabila siasatan polis mendapati suspek dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu. – Sinar Harian

Berdasarkan sumber laporan beberapa sumber blog, mereka sudah kenal pasti suspek kes tembak berkenaan menerusi akaun Facebook milik suspek. Suspek didapati menggunakan nama Ardi Ode Putra Katela. Mereka juga ada menyebarkan beberapa gambar suspek sebagaimana dibawah:

suspek tembak pegawai ambank

ardi hamza suspek tembak pegawai bank ambank

facebook ardi hamza

Diharapkan dengan penyebaran gambar ini akan memudahkan pihak berkuasa dan orang ramai untuk mengesan serta memberi maklumat mengenai suspek. Semoga suspek berjaya ditahan dan dikenakan hukuman setimpal.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.