Sebelum ini beberapa selebriti telah mengadakan majlis ‘baby shower’ untuk bayi mereka yang bakal dilahirkan. Ada yang boleh terima dan ada peminat yang mengkritik amalan berkenaan yang dikatakan mengamalkan budaya barat. Namun bagi Yasmin Hani, ia ibarat majlis keraian bersama rakan taulan dan keluarga semata-mata. Sebelum itu, dia dan keluarganya terlebih dahulu mengadakan majlis doa selamat demi meraikan kelahiran bakal anak sulungnya.

Yasmin-Hani-Baby-Shower-10

Memetik laporan OhBulan, Yasmin Hani telah mengadakan majlis baby shower nya di Grand Duchess bertempat di Duchess Place. Ia diadakan pada 6 Oktober 2013, majlis baby shower Yasmin Hani telah dianjurkan dengan konsep Angel. Lihat saja pada pakaian tetamu yang hadir, semuanya tampil serba putih dan cerah.

Antara rakan artis yang hadir termasuklah Dynas Mokhtar, Atilia Haron, Ning Baizura, Daphne Iking, dan Aishah Sinclair. Untuk pengetahuan, Yasmin Hani dah Sha’arin telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011. Sha’arin merupakan bekas anggota kumpulan rock 90an, Blackrose.

Apa pun, mari kita lihat beberapa keping foto kenangan baby shower Yasmin Hani selepas ini ya!


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.