Sekadar peringatan untuk semua, Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) sekali lagi mengingatkan pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur agar menyimpan air secukupnya bagi menghadapi gangguan bekalan yang bermula esok 17 Disember sehingga 22 Disember 2013 ini. Syabas juga memaklumkan mereka juga hanya menyediakan lori tangki kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat.

“Kami hanya mempunyai 66 buah lori tangki dalam keadaan tunggu sedia serta menyediakan 750 buah tangki statik untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam. Walau bagaimanapun, bilangan ini agak terhad. Oleh itu kami menasihatkan para pengguna yang terlibat dalam gangguan tersebut untuk menggunakan air secara berhemah dan menyimpan air secukupnya untuk digunakan dalam tempoh gangguan,” kata Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred dipetik laporan Sinar Harian.

syabas-air

SENARAI KAWASAN TERLIBAT DENGAN GANGGUAN BEKALAN AIR SELANGOR DAN KUALA LUMPUR 17 DISEMBER HINGGA 22 DISEMBER 2013

Kira-kira sejuta penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2. Menurut kenyataan awal yang dikeluarkan oleh Syabas, gangguan bekalan air itu akan bermula 8 pagi esok manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula 9 malam hari yang sama dan berterusan sehingga 8 pagi pada 22 Dis (Ahad). Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.