Menurut sumber Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains) beberapa kawasan di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol akan mengalami gangguan bekalan air esok berikutan kerja penyelenggaraan berjadual loji dan pengalihan paip.  Kerja penyelenggaran loji berjadual dan pengalihan paip ini merupakan antara usaha berterusan Sains dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan pelanggan pada masa hadapan.

Jadual Gangguan Bekalan Air di Kuala Pilah, Tampin dan Jempol :

  • Kuala Pilah dan Tampin bermula dari pukul 8 pagi Selasa (20 Mac 2012)  hingga 8 pagi keesokannya (21 Mac 2012).
  • Jempol bermula dari 8.30 pagi Selasa (20 mac 2012) hingga 8.30 malam Rabu (22 Mac 2012)

Bekalan air akan disambung semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Bagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka mengalami gangguan untuk tempoh yang lama memandangkan pemulihan bekalan air sepenuhnya akan mengambil masa. Pengguna yang memerlukan perkhidmatan pada hari berkenaan supaya menghubungi Talian Bebas Tol Sains di 1-800-88-6982.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.