Mungkin berang atau tertekan dengan keputusan bekas teman wanita yang memutuskan hubungan dengannya seorang remaja bertindak melampaui batasan apabila menampar pipi dan menggigit bahu wanita berkenaan.

Tertuduh, Ahmad Syahmi Ibrahim, 19, dari Kampung Alai, seorang penganggur didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret semalam. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku salah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

remaja didenda gigit kekasih

Anda boleh baca petikan laporan berita sepenuhnya dibawah:

AYER KEROH – Gara-gara menampar pipi dan menggigit bahu bekas teman wanita yang memutuskan hubungan dengannya, seorang penganggur didenda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam. Tertuduh, Ahmad Syahmi Ibrahim, 19, dari Kampung Alai, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah di hadapan Majistret Syajaratudur Abd Rahman terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Pustika Ramadani, 20, dengan menampar pipi kanan dan menggigit bahu kanan di sebuah rumah di Jalan PJ 1, Taman Pertam Jaya, kira-kira jam 8.30 malam pada 20 November 2013. Dia didakwa mengikut Seksyen 323, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksima RM2,000 atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, Ahmad Syahmi yang juga bekas teman lelaki Pustika didakwa ke rumah wanita itu kerana tidak berpuas hati dengan tindakan memutuskan hubungan mereka sebelum bertindak menampar pipi dan menggigit bahu kanan pengadu. Terdahulu, tertuduh ketika rayuan memohon supaya meringankan hukuman denda dan tidak dipenjara kerana dia yang sudah tidak bekerja perlu menanggung keluarga selain menyesal terhadap kesalahan dilakukan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam yang mengendalikan kes memohon hukuman setimpal dikenakan meminta mahkamah memberikan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana melakukan kesalahan yang serius sehingga menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. Selepas mendengar permohonan kedua-dua pihak, Syajaratudur kemudian memerintahkan tertuduh didenda RM1,500 dan diarah menjalani hukuman penjara dua bulan jika gagal membayar denda. – Sinar Harian

p/s: Harap remaja berkenaan sedar akan kesilapannya dan bertindak lebih waras dimasa akan datang jika dilanda masalah seperti itu lagi…


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.