Alamak, nampaknya lepas ni bukan sahaja tugasan askar dan polis sahaja yang merbahaya. Guru juga boleh jadi mangsa serangan dan terdedah kepada ancaman. Kes terbaru membabitkan seorang pelajar berusia 17 tahun dan guru berusia 50 tahun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis.

Gara-gara menegur gaya rambut punk pada hari pertama persekolahan, semalam pelajar berkenaan bertindak  mencederakan muka guru dengan kerambit.

pelajar serang guru dengan kerambit

Memetik laporan Berita Harian, kejadian bermula jam 7 pagi semalam, ketika guru itu mengawasi kehadiran di pintu sekolah, sebelum menegur gaya rambut punk berwarna pelajar terbabit kerana menyalahi peraturan. Teguran itu membuatkan pelajar terbabit berang sebelum beredar dari situ. Kira-kira 30 minit kemudian, dia kembali semula ke sekolah sambil ditemani ibunya dan bersemuka dengan guru berkenaan. Susulan pertengkaran yang tercetus ketika pertemuan itu, pelajar terbabit secara tiba-tiba mengeluarkan kerambit sebelum menyerang muka guru berkenaan. Serangan luar dugaan itu gagal dielak guru berkenaan, apabila hayunan kerambit pelajar terbabit mencederakan kening kanannya hingga menyebabkan pendarahan dan mangsa terjatuh di tempat kejadian. Ibu pelajar berkenaan yang tidak sempat menghalang serangan, turut memarahi anaknya kerana perbuatan ganas itu, sebelum bergegas meninggal lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, berkata pelajar terbabit turut melarikan diri dari sekolah. Beliau berkata, guru berkenaan kemudian mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Perlis yang terletak berdekatan sekolah sebelum membuat laporan di Balai Polis Kuala Perlis.

Menurut sumber berita itu juga, pelajar berkenaan kini sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata bahaya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.