Kata-Kata Ghaddar Membuatkan Shahrulnizam (Kapten Perak) Bertindak Balas | Memetik laporan akhbar hari ini, ammboi rasa sesuatu yang tidak kena dengan kenyataan Kapten Perak, Shahrulnizam yang dikenakan tindakan kad merah kerana menumbuk Mohammad Ghaddar. Seolah-olah pemain kita terlalu mudah di ‘provok’ oleh lawan. Bagaimana seorang pemain berpengalaman nak menurunkan pengalamannya kepada pemain lebih muda jika itu yang beliau tonjolkan.

“Dia menggunakan perkataan lucah terhadap ibu saya… selepas saya mengatakan dia penipu kerana berlakon dikasari dalam insiden perebutan bola. “Memang saya hilang pertimbangan apabila orang bercakap macam itu pada saya, lebih-lebih lagi ibu saya baru saja menjalani pembedahan dua hari sebelum itu,” kata kapten Perak, Shahrulnizam Mustapa.

Ammboi bukannya nak menyalahkan beliau, tetapi beliau harus sedar, jangan mudah terpedaya dengan helah lawan. Itu yang seharusnya beliau luahkan kepada rakan sepasukan. Bertindak-balas bukannya sesuatu yang bijak. Hanya menyusahkan diri sendiri dan rakan yang lain sahaja. Ammboi faham, bila orang mengutuk menggunakan nama ibu, itu memang berat untuk kita terima. Tapi kesilapan Shahrul juga setelah menjatuhkan Ghaddar dan dia pula menuduh Ghaddar berlakon. Ia juga memang tindakan tidak bijak dan boleh dikatakan agak tidak profesional. Jadi siapa yang mulakan dahulu?

Ammboi yakin, Ghaddar tidak berniat untuk ‘mengutuk’ ibu Shahrul, dan beliau sendiri pun mungkin ‘agak panas’ dengan kutukan Shahrul terhadapnya sedangnya Ghaddar sendiri sering menjadi mangsa asakan lawan. Apapun kini terpulang pada keputusan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membuat analisa dan tindakan yang bakal dikenakan kepada mereka yang benar-benar bersalah, itupun jika Shahrul ada bukti.

Namun beliau mahu Ghaddar dikenakan tindakan dalam kes membabitkan Amri Yahyah dan Bunyamin Omar. Walaupun  dia tidak mempunyai bukti mengenai insiden itu, namun kes membabitkan pemain Selangor, Bunyamin Omar dan Amri Yahyah ada video yang boleh dilihat dalam You Tube. Sehubungan itu, Shahrulnizam berpendapat, pemain import itu turut bersalah dan perlu dijatuhi hukuman jika kes itu dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

p/s : rasanya sudah tahu apa keputusan fam, situasi kelantan ibarat malaysia vs myanmar la… 🙂

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : amri0868[email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.