Isu Bunyamin Omar Tumbuk Mohammad Ghaddar | Penyerang import Kelantan, Mohammed Ghaddar didakwa oleh Bunyamin Omar memulakan provokasi terlebih dahulu sebelum tercetus ‘kekasaran melampau’ ke atasnya pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun 2012 lalu. Dalam perlawanan berkenaan juga Ghaddar telah beberapa kali diasak secara keras oleh pemain lawan.

“Ghaddar yang mulakan provokasi terlebih dahulu dengan menumbuk bawah muka saya. Saya hanya bertindak balas terhadap perbuatannya,” – Bunyamin Umar, pemain Selangor.

Bunyamin, 24, seorang daripada pemain yang terbabit dalam insiden itu berkata, dia membuat penjelasan bagi mempertahankan dirinya selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tampil menyerahkan bukti rakaman video kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Rakaman video sudah ada. Jika terbukti Ghaddar juga bersalah, silakan sertakan rakaman berkenaan juga. Biar kedua-dua pihak kena hukuman. Setakat cakap mulut sahaja tiada guna juga.

Sepertimana yang kita lihat dalam perlawanan berkenaan, apabila dikasari pihak lawan, Ghaddar tetap tenang dan masih boleh tersenyum. Sampaikan kaki nak ke muka, tak ada pun beliau bertindak balas. Tapi kalau Bunyamin kata dia kena tumbuk sekali terus bertindak balas, susah la nak komen kan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.