Google Nexus 7 Mula Dipasarkan | Google Inc mula memasarkan tablet Google Nexus 7 di Jepun. Google berharap langkah itu menjamin kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan dalam talian khusus untuk pengguna. Ia katanya, sejajar dengan peningkatan penggunaan tablet sebagai gerbang ke web dan kandungan berasaskan web seperti video dan muzik dalam talian.

Mula dipasarkan 2 Oktober 2012

Google Nexus 7 akan mula dipasarkan di rangkaian gedung elektronik menjelang 2 Oktober. Jepun adalah negara pertama di Asia selain Australia yang mula memasarkan peranti itu. Berdasarkan lama web Google Play, peranti itu kini sudah pun di pasarkan di beberapa negara lain termasuk Perancis, Jerman, Sepanyol, Kanada, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. OS Android, milik Google dalam yang digunakan secara meluas dalam telefon pintar dan peranti kini memiliki lebih 500 juta pengguna.

Spesifikasi dan Harga Google Nexus 7

Google Nexus 7 hanya ditawarkan dalam versi wifi sahaja. Ia dikeluarkan dalam dua model iaitu 8gb dan 16gb. Nexus 7 tidak menyokong sim kad dan oleh itu ia tidak boleh digunakan untuk buat panggilan dan sms. Dibina dengan saiz 7 inci paparan (198.5 x 120 x 10.5 mm), Nexus 7 disasarkan pada pengguna yang mahu memiliki gajet ‘original’ dengan harga mampu milik. Paling menarik Google Nexus 7 ini dipacu dengan sistem operasi Android OS, v4.1 (Jelly Bean).

Harga jualan bagi tablet 7 inci, 16gb yang dilancarkan di Google Play website semalam itu bermula pada harga 19,800 yen (RM765.50). Di Malaysia juga sudah terdapat model Google Nexus 7 ini (tidak rasmi) dengan harga sekitar RM750 (versi 8gb) dan RM950 (versi 16gb).


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.