Google Nexus 7 – Google meningkatkan tentangan terhadap iPad dengan tablet Nexus yang dilengkapi perisian terbaru Android 4.1 Jelly Bean dan gerbang gedung dalam talian Google Play untuk pembelian aplikasi, filem dan sebagainya. Google Nexus 7 ditawarkan dengan spesifikasi terkini yang mampu membuatkan penggemar tablet teruja untuk memilikinya.

Dikatakan bakal menyaingi Apple iPad, Google Nexus 7 berukuran 7 inci ini dikeluarkan oleh Asus untuk Google. Tablet Nexus 7 itu akan ditawarkan pada harga kurang daripada separuh kos peneraju pasaran, iPad, sekali gus menjadi senjata baru Google dalam saingan dengan Apple, Amazon.com, dan Microsoft.

Google Nexus 7 yang dikuasakan dengan quad-core Tegra 3 processor, turut memiliki 1gb RAM pastinya cukup hebat untuk memberikan anda kepuasan bermain permainan dan sebarang aplikasi. Ianya berukuran 198.5 x 120 x 10.45mm dan jauh lebih ringan dari iPad.

Google Nexus 7 ditawarkan dalam dua versi iaitu 8 GB dan 16 GB dan tablet Nexus 7 itu sedia untuk tempahan di Australia, Kanada, Britain dan Amerika Syarikat di gedung Google Play pada harga AS$199 dan akan mula dihantar pertengahan Julai 2012.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.