Gosip Bercinta Dengan Fazura – Shaheizy Sam Akui Memang Rapat, Tapi…? | Baru-baru ini kecoh dengan gosip percintaan Shaheizy Sam dan Fazura. Kononnya ada dakwaan peminat Shaheizy Sam dan Fazura jalan berdua berpimpinan tangan di sebuah pusat membeli belah. Mereka kini dikatakan hangat bercinta setelah serasi digandingkan bersama.

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Shaheizy Sam tidak menolak dakwaan dirinya rapat dengan Fazura, namun hubungan mereka hanya sekadar rakan artis semata. Sam juga menyatakan dia sudah lali dengan gossip tersebut.

Shaheizy-Sam-Nafi-Bercinta-Dengan-Fazura

“Saya akui memang saya dan Fazura teman rapat tetapi kami tiada apa apa ikatan. Cukuplah saya katakan kami kawan dan akan terus berkawan. Kalau ada dakwaan mengatakan saya dan Fazura sering keluar bersama, saya akui ya kami selalu keluar tetapi secara faktanya hubungan itu hanya sebagai rakan artis,” jelas Shaheizy Sam yang mengenali Fazura sejak 2008.

ibu shaheizy sam

Sementara berkenaan peminat ternampak mereka berdua berpimpinan tangan, Sam menjelaskan yang wanita tersebut adalah ibunya dan bukan Fazura. Katanya, peminat mungkin keliru kerana wajah ibunya dan Fazura kelihatan hampir sama. (sama ke? peminat mana yang keliru tu.. hehe).

p/s: agak-agak korang la tang mana sama Fazura dengan ibu Shaheizy Sam ni?


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.