Rasanya sudah lama gosip yang mengaitkan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak dengan Emma Maembong bercinta. Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada antara mereka yang mengesahkan gosip yang disebarkan melainkan penafian dari Zizan setelah beliau dikatakan sering keluar bersama dengan Emma.

Bagi Zizan, dia tiada masalah untuk mengaku keluar menonton wayang bersama Emma Maembong baru-baru ini. Namun jelasnya, dia dan Emma tidak hanya keluar berdua sebaliknya bersama kawan-kawan yang lain.

zizan pengacara af10

“Ya memang betul saya keluar dengan Emma beberapa minggu lalu, tapi jangan salah faham saya bukan sahaja keluar dengan Emma tetapi dengan kawan-kawan saya yang lain, termasuklah pengurus saya. Tidak benarlah sekiranya dakwaan mengatakan saya hanya keluar bersama dengan dia sahaja. Kami hanyalah berkawan, tidak lebih daripada apa yang disangkakan oleh orang ramai,” ujar Zizan dipetik portal Gua.com.my.

Zizan juga turut mengakui bahawa dia sememangnya berkawan rapat dengan Emma dan sekiranya ada masa yang terluang mereka akan keluar bersama-sama namun hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat sebagaimana dijelaskannya sebelum ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.