(Gosip) Hanis Zalikha Dan Hairul Azreen Bercinta? | Ini pula kisah mengenai hubungan dua selebriti, Hanis Zalikha dan juara Fear Factor Selebriti Malaysia 2012, Hairul Azreen. Mereka dikatakan kini hangat bercinta. Oh, nampaknya ramailah peminat Hanis dan Hairul kecewa mendengar berita ini. Jangan risau, info ini belum sahih kerana belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan mereka.

Berdasarkan satu sumber berita, Hanis dan Hairul dikatakan semakin rapat dan sering bersama dimana sahaja mereka berada. Kiranya hubungan mereka makin erat la kan. Tambah menarik, ada beberapa keping gambar yang dimuatnaik memaparkan gambar pasangan ini bersama ahli keluarga Hairul. Nampak macam keluarga pun sudah restui hubungan mereka la tu kan?

hanis zalikha dan hairul azreen bersama keluarga azreen

Gambar atas, Hanis dan Hairul bersama abang dan kakak ipar Hairul meraikan kejayaan abang iparnya itu dalam satu kejohanan hoki.

hanis zalikha dan hairul azreen

Apapun sama-sama kita nantikan perkembangan hubungan dan penjelasan mereka nanti. Ammboi hanya doakan yang terbaik untuk mereka.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.