(Gosip) Shaheizy Sam Dan Fazura Bercinta? | Satu padanan yang sesuai dan menarik. Sudah tentu ramai yang bersetuju dengan pendapat ammboi bahawa Shaheizy Sam dan Fazura adalah pasangan secocok. Kalau anda ikuti drama lakonan mereka, Kisah Cinta yang sedang bersiaran melalui slot Lestary TV3 sudah tentu anda akan nampak keserasian antara mereka.

Terbaru, Shaheizy Sam dan Fazura juga digandingkan untuk filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia yang diarahkan oleh Bernard Chauly. Filem ini khabarnya baru selesai menjalani penggambaran, melibatkan pengambaran di Turki dan dijangka berada di pawagam sekitar tahun 2014.

shaheizy sam dan fazura bercinta

Ada desas-desus mengatakan mereka berdua sedang menjalinkan hubungan serius. Benarkah? Atau sekadar gosip semata? Sehingga kini masih belum ada penjelasan atau khabar sahih dari mereka berdua.

Namun begitu, menerusi laporan sebuah portal hiburan, Shaheizy Sam dan Fazura pernah dilihat oleh orang ramai di pusat membeli belah dan berjalan berpegangan tangan. Kalau sekali, mungkin kebetulan, tetapi beberapa kali juga pasangan ini dilihat di khalayak ramai makan bersama dan mempamerkan aksi dan melihat antara satu sama lain seperti pasangan bercinta.

Kalau betul pun, apa salahnya ya tak? Sama cantik, sama padan. Berkerja bersama, saling mengenali, selepas lama mengenali hati budi, cinta pun berputik. Tak ke gitu?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.