Sebelum ini tersebar berita pelakon Tasha Shila khabarnya bercinta dengan pemain bola kebangsaan, Mahali Jasuli. Tetapi senyap terus sejak kebelakangan ini. Walaupun masing-masing cuba menyembunyikan hubungan tetapi nampaknya masih ada yang dapat menghidu perhubungan mereka.

Terbaru, memetik kenyataan di Utusan Malaysia, satu sumber memberitahu hubungan antara mereka berdua semakin intim sejak akhir-akhir ini.

mahali jasuli dan tasha shila

“Agaknya dah tak kuasa nak coverline lagi. Jadi mereka dah semakin terbuka sekarang pasal hubungan cinta. Kalau nak tahu Tasha pun rajin mengikut Mahali ke stadium. Minggu lalu pun aku ada terserempak dengan pasangan ini di salah sebuah stadium di ibu negara. Nak kata mesra tu tak jugalah tapi apa yang aku boleh cakap Tasha memang datang memberikan sokongan pada Mahali. Tapi sayang sebab Mahali mengalami kecederaan dan mereka hanya duduk di bangku penonton sehingga habis perlawanan,” kata sumber tersebut.

Kalau betul seperti mana yang disampaikan, bagus lah. Dua-dua pun masih solo. Harap-harapnya hubungan mereka berkekalan.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.