GrandFinal Masterchef Selebriti 2012 – Angah Bakal Berentap Lawan Datuk Dr Fazley | Sebentar tadi baru sahaja selesai episode final, penentuan siapa diantara 5 finalis Masterchef Selebriti 2012 yang akan menjadi 2 peserta ke GrandFinal Masterchef Selebriti 2012 pada hari Ahad (esok). Datuk Fazley, Angah, Juliza Adlizan, Farouk Hussien dan Soo Wincci merupakan lima finalis Masterchef Selebriti Malaysia 2012 dan 3 daripada mereka akan disingkirkan.

Berdasarkan keputusan yang telah diumumkan, Soo Wincci, Farouk dan Juliza telah disingkirkan. Penyingkiran mereka bertiga memang mengejutkan kerana merupakan antara yang terkuat berbanding Angah. Namun itulah keajaiban, mungkin kreativiti dan kerja keras Angah dihargai selain bakat terpendam yang ada padanya. Dr Fazley adalah yang pertama diumumkan layak ke grand final.

Adakah Angah mampu mencabar Datuk Dr Fazley dalam aksi GrandFinal Masterchef Selebriti 2012 esok? Sama-sama kita nantikan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.