Ketiadaan GULA sememangnya akan dirasai oleh semua orang kan? Bila tiada gula nak masak apa-apa pun tak menjadi. Bahkan nak buat kuih, nak buat air oren pun tak sedap.

Kebanyakkan tempat mengalami masalah GULA habis. Kalau ada pun terhad untuk sekilo sorang aje. Bagi tokeh-tokeh kuih muih dan makanan sempena bula puasa ni, masalah gula sememangnya rumit dan menyedihkan. Pada hujung tahun lepas ada dalam post aku ni berkenaan isu takde gula, tepung gandum, dan minyak. Sampaikan mak sedara aku pun mengeluh sakan. Dah la punca rezeki dia hasil daripada jualan kuih-muih.

Dalam akhbar hari ini ada menyatakan sebuah syarikat pemborong GULA dari utara tanah air mengadakan jualan terbuka kat pasar tani. Tak sampai sejam 2 metrik tan gula habis dijual. Setiap orang dihadkan 2 kilo gula. Kira gempak jugak la orang ramai pi borong gula.

Keadaan panik tu la yang menyebabkan gula habis. Dah setiap orang masing-masing dok kumpul gula. Simpan gula sampaikan boleh buat stok setahun. Kiranya setiap hujung tahun atau dengan lebih tepat lagi nak dekat puasa maka gula akan kurang. Takde cara lain ke nak pastikan bekalan gula sentiasa ada dan ada…?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.