Gurauan juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah kepada kenalan rapatnya bahawa rakannya itu tidak akan menjumpai pusara Zaharie merupakan satu petanda yang beliau akan pergi buat selama-lamanya.

Menurut laporan Bernama, Mohaza Mohaza, yang dipercayai kenalan rapat kepada Zaharie berkata, dia tidak menyangka bahawa gurauan daripada juruterbang itu pada Hari Raya Aidilfitri lalu di Tanah Perkuburan Jalan Perak, Pulau Pinang merupakan satu kiasan untuk pergi meninggalkan semua.

rakan kapten zaharie

“Zaharie memberitahu saya (secara gurauan) yang saya tidak akan jumpa kubur atau pusaranya. Inilah rupa maksudnya. Baru saya mengerti. Pusaranya di Lautan Hindi. Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri setinggi-tinggi rahmat ke atas rohnya dan juga muslimin muslimat pesawat MH370 kesemuanya serta ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman. Amin,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengesahkan MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.