Gelagat Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang bergurau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kononnya ‘memohon cuti sakit’ melalui laman sosial Twitter menarik perhatian pengguna media sosial.

Sikap terbuka Najib yang turut membalas mesej Twitter ahli Kabinetnya dengan menolak permohonan cuti sakit secara berjenaka dengan hashtag #MCDitolak turut mengundang pelbagai reaksi positif dan menyifatkan pemimpin nombor satu negara itu cukup mesra.

Khairy pada awal pagi semalam menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia (FIFA) 2014 bersama hampir 1,000 belia di Dataran Merdeka menerusi program Fiesta Samba Brasil 2014. Perlawanan membabitkan Brazil menentang Croatia yang ditonton menerusi skrin gergasi yang dipasang di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad berakhir sekitar jam 6 pagi.

pm tolak mc kj di twitter

Beliau secara bergurau mencatatkan mesej kepada Perdana Menteri supaya diberikan cuti sakit kerana berjaga malam menonton acara berkenaan yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Brazil menang 3-1.

Mesej beliau: “Bos, saya demam panas, badan sakit tak boleh bangun sejak semalam. Maaf tak dapat kerja hari ni, esok hantar slip MC #CubaNasib”.

Beberapa jam kemudian, Najib membalas dengan berkata: “Gembira anda sudah cukup sihat untuk menghadiri mesyuarat Kabinet. MC Ditolak.”

najib tolak mc khairy di twitter

Khairy kemudian membalas mesej berkenaan dengan menganggap ia satu pengajaran kepada semua yang berhasrat mahu mengambil kesempatan terhadap ketua mereka ketika musim Piala Dunia.

pm najib tolak mc kj di twitter

Status yang dianggap mempunyai unsur jenaka itu mendapat retweet sebanyak 4,080 dan favorites sebanyak 1,398. Gurauan dua pemimpin ini mendapat perhatian dan reaksi positif warga Twitter serta dibalas ramai pengguna laman berkenaan termasuk selebriti selain dimuat turun laman sosial lain.

Antara reaksi menarik termasuk daripada penyanyi nasyid, Hafiz Hamidun dengan akaun miliknya @hafizhamidun, berkata kepada Khairy, “nicetry,” (cubaan yang baik).

Datuk Seri Najib Tun Razak secara bergurau berkata, beliau gembira Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar cukup sihat untuk hadir mesyuarat Kabinet hari ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.