Guru Hina Pasukan Keselamatan Negara Ditahan | Kecoh dalam laman sosial baru-baru ini apabila seorang guru dikatakan menghina pasukan keselamatan negara yang bertugas di Lahad Datu. Tak sangka seorang guru boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian. Rupanya suspek ada masalah mental dan pernah beberapa kali ditahan kerana buat kacau.

Menurut laporan Kosmo hari ini, seorang guru yang di Kelantan ditahan polis pada pukul 7 petang semalam di sebuah rumah di Kampung Gong Serapat, Pasir Puteh kerana menghina pasukan keselamatan dalam Operasi Daulat di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial Facebooknya. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd. Kamal Zainal berkata, suspek yang mengajar Pendidikan Seni di sebuah sekolah kebangsaan di daerah ini ditahan di bawah Seksyen 4 (1) (a), Akta Hasutan.

guru hina polis

Siasatan awal polis mendapati suspek berusia 37 tahun itu mengaku mempunyai penyakit mental tetapi sudah lebih lima bulan tidak makan ubat. Dia juga pernah ditahan dua kali sebelum ini atas kesalahan membuat kecoh di tempat awam. Kali terakhir suspek ditahan polis adalah pada tahun 2009 kerana mengamuk dan mengganggu ketenteraman awam. Kementerian Pelajaran juga dilaporkan akan mengambil tindakan tegas terhadap guru tersebut.

guru ditahan hina pasukan keselamatan negara

p/s: Kesian pulak. Apapun, macammana kes guru sakit macam ni boleh terus mengajar? Tak bahayakah pada pelajar dan orang lain kat sekolah?

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.