Al-Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Menerusi sumber berita hari ini, seorang guru dilaporkan meninggal dunia pada hari pertama persekolahan 2014, semalam. Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika murid sedang berhimpun di dalam kelas itu dan ia mengejutkan ibu bapa yang berada bersama anak masing-masing.

Nor Aima Sulong, 43, disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Kijal, kira-kira jam 9.45 pagi akibat serangan jantung. Berdasarkan sumber berkenaan, guru berkenaan rebah tiba-tiba ketika sedang pujuk seorang murid yang menangis sewaktu berbaris.

guru meninggal dunia di kemaman

“Secara tiba-tiba arwah rebah ketika sedang pujuk seorang murid yang menangis sewaktu berbaris. Dia sedar selepas saya renjis air ke mukanya, tetapi beberapa minit kemudian dia pengsan kembali. Keadaan itu berlanjutan sampai tiga kali. Pihak Tadika menghubungi suaminya dan apabila suami arwah tiba, kami segera bawa arwah ke Klinik Kesihatan Kijal. Saya ada bersama arwah semasa dalam kereta dan waktu itu dia mengadu sakit pinggang dan sesak nafas sambil menggosok-gosok dadanya,” katanya rakan arwah, Che Wan Ajariah Che Wan Ariffin, 30, yang juga seorang guru di tadika tersebut.

“Bagaimanapun, ketika tiba di persimpangan lampu isyarat dekat Balai Polis Kijal, kira-kira dua kilometer dari klinik, Nor Aima tiba-tiba kejang. Saya ajarnya mengucap, tapi tiada respons, namun nafasnya masih kedengaran sehinggalah kami sampai di klinik. Selepas kira-kira setengah jam dirawat, doktor mengesahkan dia meninggal dunia,” katanya lagi.

Mayat Nor Aima, ibu kepada tiga anak berusia 15, 11 dan 4 tahun itu, dihantar ke Hospital Kemaman di Chukai, untuk dibedah siasat. Jenazah arwah dituntut keluarga selepas solat Asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Meraga Beris. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam berkata, hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.