Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan pada tahun 2011 di peringkat sekolah rendah dan pada tahun lepas bagi peringkat sekolah menengah. Ianya merupakan tugasan baru setiap guru untuk memasukkan data dan maklumat mengenai pelajarnya. Kelebihan sistem ini adalah untuk menilai potensi murid, memantau pertumbuhan dan membantu meningkatkan potensi murid serta membuat pelaporan bermakna tentang pembelajaran individu.

Daripada kelebihan yang kehebatan sistem ini, hanya guru berkenaan sahaja tahu betapa susahnya mereka untuk memasukkan data ke dalam Sistem Pangkalan Data PBS. Ini kerana sistem ini ada banyak kelemahan seperti terlalu perlahan serta sering menimbulkan masalah dan menyebabkan seorang guru itu terpaksa memasukkan data pada lewat malam. Kesannya, pada waktu pagi guru mengantuk menyebabkan mutu mengajar menjadi lemah, sekali gus menjejas mutu pengajaran dan pembelajaran.

Antara rungutan guru yang tersiar dalam akhbar BH Online:

Sistem-PBS-Bebankan-Guru

Oleh itu, SPBS menyebabkan para guru tertekan dan mereka banyak kehilangan masa untuk bersama keluarga kerana terpaksa berulang kali memasukkan data yang sama apabila masalah timbul semasa menggunakan sistem berkenaan.

Namun begitu, para guru tidak menyalahkan sistem ini sepenuhnya, mereka akui sistem ini diperkenalkan kerajaan setelah mengambil kira kebaikannya untuk guru, murid-murid dan sistem pendidikan negara. Tujuan sistem ini juga baik untuk transformasi sistem pendidikan negara, iaitu “untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.”

Tetapi mereka terbeban dengan beban tugasan yang sedia ada berharap Sistem PBS ini akan lebih mesra pengguna dan tidak membebankan mereka. Mereka juga berharap jika kerajaan mahu juga meneruskan penggunaan sistem ini, teruskanlah dengan membaiki dan meningkatkan sistemnya supaya para guru tidak lagi tertekan dengannya.

Sumber info berdasarkan tulisan Dr Mohammad Agus Yusoff (Sinar Harian)

Berdasarkan maklumat terkini menerusi laman SPBS;

SPPBS-MOE

  1. KPM mengambil maklum mengenai masalah akses ke SPPBS. Sehubungan dengan itu, kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.
  2. Mohon kerjasama semua pengguna agar menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) versi 7 hingga 9 sahaja untuk kemasukan prestasi NON-AKADEMIK bagi mengelakkan isu TAHAP PENCAPAIAN yang tidak dapat ditanda di SPPBS.

Harap maklum.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.