Isu pelakon Rozita Che Wan atau dikenali dengan panggilan Che Ta mahu menghadiahkan kereta mewah kepada anaknya Ammar Effendy sebagai penghargaan cemerlang dalam SPM baru-baru ini nampaknya masih berpanjangan. Kali ini, Che Ta dituduh riak dan mahu menunjuk-nunjuk kemewahannya gara-gara mahu menghadiahkan kereta bernilai lebih setengah juta itu.

Bagaimanapun menerusi satu laporan media, Che Ta berkata, pendedahannya baru-baru ini mengenai dia mahu menghadiahkan Ammar sebuah kereta mewah bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk akan kemewahan yang dimiliki. Menurut isteri kepada pelakon Zain Saidin ini, dia sekadar menjawab pertanyaan pihak media.

che ta dan anak sulung ammar effendy

“Saya bukan hendak menunjuk-nunjuk, orang yang buat cerita dan nampak seperti saya yang nak menunjuk-nunjuk. Bila media tanya betul ke nak bagi anak kereta, saya jawab ya. Bukan nak heboh ke apa, mereka yang besarkan isu ini, jadi nampaklah seperti riak. Bila jadi macam ni, saya sudah tidak mahhu bercakap hal itu lagi. Ammar, pun ada cakap kalau mami dok cerita nanti ada penjenayah dok culik mami, macam mana?”, katanya yang mengakui risau tentang kemungkinan tersebut.

Jelas Che Ta lagi, hadiah yang diberi sebagai tanda penghargaan kepada anaknya sebagai galakkan dan pendorong untuk lebih maju dalam pelajaran.

“Sebenarnya benda tu biasa saja, ramai orang lain yang beri hadiah macam-macam pada anak mereka, bila isu sebegini diperbesarkan, ia nampak seperti saya yang riak. Lagipun, dia anak saya, bukan anak orang lain. Apa yang saya beri tu tanda penghargaan buat dia atas pencapaian cemerlang dia,” katanya sambil tersenyum.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.