Hafiz Bercinta Dengan Pelajar Kolej? Tidak Mahu Dedah Identiti Kekasih? | Pagi Jumaat yang indah ni kalau boleh malas nak layan cerita kontroversi. Namun pagi ni ada cerita mengenai Hafiz. Bukan apa, ammboi puji sikap Hafiz. Buat apa nak dedah hal kekasih hati kepada umum. Baik simpan sahaja. Kalau dah terdedah ni macam-macam spekulasi akan timbul.

Begini ceritanya, Hafiz akui dia sedang bercinta dengan seorang wanita yang masih belajar di sebuah kolej. Bagaimanapun dia ditekan hebat oleh pihak media yang mahu mengorek rahsia cintanya itu. Memetik laporan Kosmo Online, Hafiz mengulangi ketegasannya itu.

hafiz suip

“Saya tidak mahu menguar-uarkan identiti dia (kekasih) kepada orang ramai kerana saya menghormati peribadi dia. Lagipun, dia masih seorang pelajar di sebuah kolej. Kami sedang menjalinkan hubungan dan saya tidak mahu memberitahu siapa (identiti) dia. Biar saya simpan sendiri.

“Kerja adalah kerja dan peribadi adalah hak saya. Ada perkara yang saya boleh cerita dan tidak semua saya perlu ceritakan, begitu juga tempoh perkenalan kami yang saya mahu rahsiakan buat masa sekarang,” ujarnya pada sesi fotografi di Mutiara Damansara, Selangor baru-baru ini.

Kata Hafiz lagi, dia tidak ambil pusing pandangan masyarakat mengenai pendiriannya untuk menyembunyikan identiti kekasihnya. Malah katanya, dia akur akan persepsi masyarakat yang mungkin melihat dia terlalu berjaga-jaga dan kelihatan seolah-olah bermain silang kata.

“Orang sekeliling akan memandang dengan sendirinya setiap gerak-geri kita dan itu adalah perkara biasa dan semula jadi. Semua orang berhak bercinta. Buat masa sekarang kami belum merancang untuk ke langkah seterusnya melainkan pernah berbincang untuk menjalankan bisnes bersama-sama,” tutur Hafiz.

p/s: Ok la tu kalau nak simpan kan. Cuma lepas ni konfom la banyak blog akan keluarkan spekulasi mengenai ‘siapa kekasih Hafiz‘.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.