Hairul Azreen Dan Hanis Zalikha Bercinta? Kenal Sejak Zaman Sekolah? | Ini adalah gosip terbaru mengenai Hairul Azreen. Beliau dikatakan sedang hangat bercinta dengan blogger terkenal Hanis Zalikha. Gosip berkenaan diperkuatkan dengan tersiarnya gambar-gambar mesra Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, di laman sosial Instagram. Adakah mereka benar-benar sedang hangat bercinta?

Dibawah ada penjelasan Azreen mengenai isu bercinta dengan Hanis Zalikha. Ianya dipetik dari laman Malaysia Digests.

Azreen menjelaskan hubungannya dengan Hanis hanyalah atas dasar kerja sahaja. Jelas Azreen lagi, dia bakal terlibat dalam bidang pengacaraan. Justeru dia banyak mendapat bantuan daripada Hanis yang memang lebih berpengalaman daripadanya.

“Saya mengenali Hanis sejak dari bangku sekolah lagi, kami mengenali melalui laman sosial Myspace. Sebetulnya hubungan kami berdua agak lama terputus sebelum ditemukan kembali di dalam industri ini. Buat masa ini kedua kami masih memberi fokus buat kerjaya sahaja. Apa yang menjadikan kami lebih rapat kini adalah sikap suka membantu Hanis.”

hairul azreen dan hanis zalikha

Hanis Punca Berpisah Dengan Kekasih Lama?

“Sebetulnya sudah hampir enam ke tujuh bulan saya berpisah, dan hubungan saya dengan Hanis memang baharu sahaja rapat. Namun itu bukan bermakna kami bercinta, kami hanya berkawan buat masa ini dan saya tidak fikir lagi ke arah itu. Biar saya berterus-terang, sebenarnya saya berada di tengah-tengah, sama ada saya bercinta atau tidak itu belum tahu lagi. Namun jika ditakdirkan kami tidak bercinta semestinya dia akan kekal menjadi rakan saya”.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.