Hanez Suraya Kecoh Canang Kisah Cinta Dengan Awi Rafael? | Hanez Suraya dikatakan melebih-lebih apabila sering menceritakan kisah cintanya dengan Awi Rafael kepada pihak media. Namun, pelakon cantik manis Hanez Suraya menyifatkan tuduhan dia bersikap keterlaluan dalam mencanangkan kisah hubungannya dengan penyanyi Awi Rafael timbul kerana salah faham pihak tertentu.

Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abd Aziz, 27, berkata, salah faham itu berlaku kerana penyanyi dari Singapura tersebut sukar dihubungi berbanding dirinya bagi mendapatkan kesahihan mengenai hubungan mereka sebelum ini.

“Saya percaya tuduhan yang mengatakan saya kelihatan terhegeh-hegeh dalam hubungan kami berpunca daripada kesukaran pihak media mendapatkan penjelasan Awi sebelum ini. Apabila orang mudah mendapatkan kenyataan saya mengenai hubungan kami, mungkin daripada situ timbul persepsi saya lebih beria-ia sedangkan Awi hanya mendiamkan diri,” katanya dalam portal berita mStar Online.

Ditanya mengenai penerimaan keluarga terhadap hubungan mereka, pelakon drama bersiri 3 Janji ini berkata, keluarga kedua-dua belah pihak memberikan restu setakat ini.

“Alhamdulillah, hubungan kami direstui kedua-dua belah keluarga walaupun kami baru berkawan kira-kira enam bulan. Apa juga cerita yang kurang manis mengenai Awi sebelum ini termasuk isu tatu di badannya tidak menimbulkan persepsi buruk pada keluarga saya kerana kami menerima perubahan yang dilakukan dia,” katanya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.