Hans Isaac Akui Bakal Berkahwin Pada 2014 Namun Enggan Dedah Dengan Siapa? | Hans Isaac antara pelakon lelaki yang banyak dikaitkan dengan aktres popular di Malaysia. Namun hubungan mereka masih tidak sampai tahap ke jinjang pelamin. Namun Hans Isaac akui dia sudah ada perancangan dan mahu menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

“Siapa yang tak mahu kahwin. Tapi semua kawan saya kahwin masa mereka umur 44 tahun dan 45 tahun. Jadi saya rasa saya ada masa lagi. Memang saya ada target bila nak kahwin. Tapi seperti yang semua tahu dua tahun sebelum ni fokus saya adalah pada ibu saya. Sekarang ibu saya sudah tiada. Jadi dah tiba masanya untuk saya fikirkan sesuatu yang baru dalam hidup saya.

hans_isaac

“Target tu… mungkin hujung tahun ini atau setidak-tidaknya pertengahan tahun depan saya. Tapi nak kahwin ni pun saya kena fikirkan dengan siapa jodoh saya. Adakah keluarga saya dan keluarga jodoh saya menerima kami. Kahwin ni bukan perkara main-main. Saya takut bila tengok ada pasangan yang kahwin dan tak lama lepas tu bercerai. Jadi saya lebih rela tunggu lama miss right saya dan terus kami berkahwin”, katanya dalam laporan malaysiandigest.com.

Ditanya sudahkah dia mempunyai calon isteri, sambil tersenyum pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac ni bagaimanapun enggan menjawab dan sekadar berkata,

“Saya tak boleh jawab. Ini bukan masanya untuk saya mengaku dan jangan buat saya berbohong (senyum). Saya belum bersedia nak kongsi apa-apa. Belum masanya. Dengan pengalaman kegagalan cinta yang saya alami lalu, saya sudah serik untuk bercerita lebih-lebih”, ujarnya.

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.