Hans Isaac Mahu Kahwin Tahun Depan, Apa Kata Neelofa? | Sebelum ini pelakon dan pengarah Hans Isaac ada meluahkan kenyataan mengenai masa depannya dalam media. Katanya, dia memberikan tempoh sehingga tahun depan untuknya menamatkan zaman bujang. Hans juga tidak menjelaskan siapa yang bakal menjadi pasangannya itu.

Namun demikian, Neelofa antara wanita yang banyak dikaitkan dengan Hans Isaac sejak kebelakangan ini. Jadi apa pandangannya terhadap kenyataan Hans itu?

Menurut laporan Malaysia Digests, Neelofa berkata, tidak apa yang harus diulas olehnya. Baginya, sebagai kawan, dia menyokong apa saja yang terbaik buat pelakon, penerbit dan juga pengarah itu.

neelofa dan hans isaac bercinta

“Bagi Lofa, kalau mahu melamar, biarlah dengan cara yang betul… Datanglah berjumpa keluarga dan bukannya melalui media cetak atau elektronik. Sebenarnya, Lofa ada juga bertanyakan padanya (Hans), bilakah dia mahu mendirikan rumah tangga? Jawab Hans, kalau boleh dia mahu kahwin sebelum umurnya mencecah 45 tahun. Sekarang ini umur dia 41 tahun, jadi dia ada masa empat tahun lagi untuk berbuat demikian,” katanya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.