Seperti yang kita tahu, pelakon yang dahulunya seksi, Rabecca Nur Al Islam sudahpun berhijrah untuk bertudung. Jadi dengan penghijrahannya itu, Rebecca mengambil keputusan untuk menjual pakaian lama yang seksi.

Bagaimanapun, tindakannya mendedahkan hasratnya itu menerusi media baru-baru ini mendapat respons negatif peminat yang mempersendakan keputusan itu dengan tanggapan pelakon itu sekadar mencari publisiti murahan.

rebecca bertudung

Sebahagian peminat juga memperlekehkan penghijrahan Rabecca dan menyindir perancangan pelakon itu untuk menjual baju-baju lamanya. Rabecca berkata, dia enggan membalas komen-komen negatif peminat yang mempersendakan niat ikhlasnya kerana setiap orang mempunyai pendapat masing-masing.

“Tak ada sesiapa pun berhak untuk menilai keikhlasan niat saya melainkan Allah.”

“Tak apa, biarlah orang nak cakap apa pun. Niat (jual baju lama) ikhlas ini adalah saya dengan Allah, hanya Allah yang tahu.”

“Pada saya, kita semua sama di sisi Allah dan hanya Allah saja yang boleh menilai seseorang. Jadi terpulanglah pada mereka,” katanya.

Sambungnya, keputusan menjual pakaian lama adalah sejajar dengan penghijrahannya yang kini bertudung. Justeru itu, katanya, dia mengambil inisiatif itu kerana tidak mahu memakai baju-baju lama yang seksi dan tidak sopan lagi.

“Saya sudah ambil keputusan bertudung, jadi nak buat apa simpan pakaian lama yang terlalu banyak jumlahnya.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.