Kenaikan harga ayam secara mendadak di beberapa negeri sejak dua minggu lalu, yang mencecah RM1 hingga RM2 sekilogram menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna. Di kebanyakan negeri, harga ayam ketika ini dilaporkan dijual RM8 hingga RM8.50 sekilogram malah ada sesetengah kawasan dijual pada harga RM9 sekilogram. Harga itu jauh lebih tinggi berbanding RM6.50 hingga RM7.60 sekilogram sebelum ini.

Kenaikan harga yang disifatkan tidak munasabah itu menyebabkan pengguna kini bimbang perlu menanggung kos lebih tinggi sepanjang Ramadan ini seterusnya dalam persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

harga ayam naik

SENARAI HARGA TERKINI MENGIKUT NEGERI SEHINGGA 11 JULAI 2013

NEGERI HARGA (RM)
SEBELUM SELEPAS
KELANTAN 6.50 7.50 – 8.00
TERENGGANU
PAHANG
KUALA LUMPUR
SELANGOR 6.50 – 7.00 8.50
PUTRAJAYA
PERAK 7.60 – 8.20 8.50
PULAU PINANG 8.00 – 8.50 9.50
JOHOR 7.50 – 7.80 8.00
NEGERI SEMBILAN 7.50 8.50
MELAKA 6.50 8.50
KEDAH 7.20 9.00
PERLIS 6.50 – 7.00 8.00 – 8.50
SABAH
SARAWAK 8.50 – 9.50 TIADA KENAIKAN
LABUAN
Senarai harga diatas adalah dari sumber Utusan. Harga berkenaan juga mungkin tertakluk pada lokasi dan sebagainya.

Tinggal di Kuala Lumpur, tapi lupa pula harga ayam berapa. Share-share la harga ayam ditempat anda. Selain itu, amalkan perbelanjaan berhemat dan kurangkan makan ayam. Hihi

Penulis: ammboi

Avatar

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.