Harga Minyak Asia Jatuh AS$90 Setong | Ini pula berkenaan harga minyak semasa dunia dan Asia. Info terbaru yang ammboi baca adalah berlakunya penurunan harga dagangan minyak Asia yang jatuh kepada AS$90 setong hari ini dengan unjuran permintaan minyak mentah lemah berikutan masalah ekonomi yang dihadapi eropah dan China.

Penanda aras kontrak hadapan minyak mentah New York Mercantile Exchange bagi September susut AS$1.45 pada AS$90.39 setong pada waktu tengah hari. Bagi minyak mentah Brent, ia juga susut kepada AS$1.22 pada AS$91.44 setong. Unjuran ekonomi global yang tidak memberangsangkan dijangka teruk susulan laporan yang dikeluarkan hujung minggu berkata, penasihat bank pusat China menjangkakan ekonomi kedua terbesar dunia itu akan mengalami kelembapan pada suku ketiga tahun ini. (Sumber Berita Harian)


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.