Harga minyak dah turun tapi kenapa harga barang tak turun? Seingat ammboi, penurunan harga minyak di pasaran tempatan sudah berlaku beberapa kali. Dari harga lebih RM2++ kini harga minyak sudah jatuh kepada RM1.60 sahaja seliter.

Jika sebelum ini ketika berlakunya kenaikan harga minyak, para peniaga bukan main ‘sedap’ lagi menaikkan harga barangan dan bahan jualan mereka dengan alasan mereka terpaksa menanggung kos yang tinggi kesan kenaikan harga minyak.

HARGA MINYAK DAH TURUN TAPI KENAPA HARGA BARANG TAK TURUN

Katanya kos bahan mentah dan pengangkutan mereka meningkat dan itulah alasan yang sering digunakan jikalau mereka mahu menaikkan harga bahan jualan.

Namun begitu, bila harga minyak dah turun tapi kenapa harga barang masih tak turun?

Itulah yang jadi persoalan banyak pengguna ketika ini. Ya, ketika harga minyak naik mereka (peniaga) naikkan harga bukan main laju tapi bila dah jadi macam ni mereka hanya mendiamkan diri sahaja.

HARGA MINYAK DAH TURUN TAPI KENAPA HARGA BARANG TAK TURUN 1

Melihat kepada komen dan rungutan pembaca, ramai yang mempertikaikan sikap peniaga dan menganggap mereka cuma mengambil kesempatan sahaja dari kenaikan harga minyak.

Kalau sebelum itu nasi goreng kampung (contoh paling mudah) hanya RM4.00 tapi selepas kenaikan harga minyak harganya meningkat kepada RM4.50. Jadi bila harga tu nak turun?

Kesan kepada pengguna?

Biarpun nilai kenaikan dari contoh tadi hanya 50 sen namun ianya sangat memberi kesan kepada pengguna. Dah kalau semua barangan dan makanan naik sekitar 50 sen sudah tentu perbelanjaan bulanan mereka semakin meningkat. Yalah, nilai duit akan semakin kecil.

HARGA MINYAK DAH TURUN TAPI KENAPA HARGA BARANG TAK TURUN 2

Kalau dulu-dulu dengan RM50 dah boleh beli stok makanan untuk 2 minggu, sekarang mungkin untuk beberapa hari sahaja. Harapnya ada tindakan dari pihak berkenaan mengenai isu ini. Jangan hanya pandai beri cadangan untuk boikot sahaja. Barang keperluan tetap kena beli. Takkan nak bagi makan kat bayi nasi goreng kampung berulamkan timun batang yer dok?

p/s: Ada yang bagi alasan, “alah kejap jah tu turun, pahtu naik pulok! takkan nak turun harga pahtu bila minyak naik nok naik pulok? tiap-tiap bulan la keno sumpoh!!!”


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.