Sebagaimana yang kita maklum, sekarang ini berlakunya kejatuhan harga minyak mentah di pasaran dunia. Ia sudah tentu memberi kesan kepada harga minyak di pasaran negara kita.

Harga minyak dijangka turun lagi pada 1 Februari 2015 – Menurut sumber INFO, harga minyak dijangka akan turun lagi pada 1 Februari 2015 ini. Harga baru minyak itu dijangka bakal mencecah RM1.70 pula. Dalam pada itu,  pengusaha stesen minyak pula menjangkakan harga minyak bakal mencecah RM1.60.

Selain daripada itu, ada satu sumber lain pula menjangkakan harga minyak yang bakal diumumkan pada 1 Februari 2015 ini adalah RON95 – RM1.63 seliter (sekarang RM1.91 seliter), RON97 – RM1.67 seliter (sekarang RM2.11 seliter) dan Diesel – RM1.62 seliter (sekarang RM1.93 seliter).

Untuk makluman anda, harga minyak mentah dunia hari ini terus jatuh kebawah paras terendah sejak enam tahun lalu iaitu bawah $50 setong. Ia telah jatuh teruk lebih daripada separuh sejak Jun 2014 lalu dimana harganya adalah $110 setong.

HARGA MINYAK DIJANGKA TURUN LAGI PADA 1 FEBRUARI 2015

Punca kejatuhan harga minyak dunia ini ekoran daripada pengeluar minyak Amerika Utara telah meningkatkan bekalan minyak dan gas. Bekalan minyak berlebihan itu mendorong penurunan harga.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.