Harga minyak petrol dan diesel dijangka naik lagi? Kenaikan harga minyak baru-baru ini nyata sangat memberi kesan kepada kita semua. Baru awal tahun naik sebanyak 15 sen (RON95) untuk bulan Februari naik lagi 20 sen dan kini harga minyak RON95 adalah RM2.30.

Manakala minyak petrol RON97 dan Diesel masing masing adalah RM2.60 (tidak termasuk GST) dan RM2.15. Untuk info, kenaikan harga minyak pada Februari 2017 adalah bergantung kepada kenaikan purata harga minyak sepanjang bulan Januari 2017.

Penat dan nampak semakin tenat. Kesan dari kenaikan harga minyak ini memang akan membebankan kita semua. Harga minyak naik dan harga barangan lain mungkin akan turut naik!

Harga minyak petrol dan diesel dijangka naik lagi?

Lebih membimbangkan, menurut pakar ekonomi, Datuk Chua Tia Guan meramalkan, berdasarkan perkembangan ekonomi ketika ini, harga runcit petrol dan diesel dijangka terus meningkat dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Jelasnya dipetik sumber Sinar Harian Online, dua punca utama kenaikan harga minyak di Malaysia ialah pertama, kenaikan harga minyak mentah di negara kita dan kedua, kadar pertukaran nilai mata ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat.

“Kerajaan kita telah menetapkan harga runcit minyak petrol dan diesel bergantung kepada apungan terurus melalui harga purata bulanan pasaran minyak dunia, manakala harga minyak mentah adalah dikira dengan dolar Amerika Syarikat.

“Oleh itu, saya nasihatkan pengguna agar bersiap sedia menghadapi situasi yang lebih mencabar lagi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang,” kata Tia Guan yang juga Ketua Khidmat Rundingan Cukai dan Kewangan Great Vision Advisory Group.

Beliau berharap, kerajaan lebih bersikap prihatin dengan masalah rakyat yang dibebani dengan kenaikan harga minyak ini.

“Negara kita adalah negara pengeluar minyak. Kerajaan perlu menggunakan sumber pendapatan daripada hasil minyak mentah ini untuk menyediakan pelbagai infrastruktur, seperti sekolah dan jalan raya untuk kemudahan rakyat jelata.

“Ketika kebanyakan harga barang telah naik, kerajaan seboleh-bolehnya perlu menyediakan subsidi ataupun bantuan kewangan agar dapat mengurangkan bebanan rakyat, khasnya golongan berpendapatan rendah,” katanya.

Sementara itu, kadar bayaran untuk pengangkutan lori dijangka dinaikkan tidak lama lagi susulan kenaikan diesel sebanyak 20 sen seliter mulai 1 Februari lalu.

Persatuan pengusaha lori difahamkan terpaksa menaikkan kadar bayaran memandangkan penggunaan diesel merupakan 20 peratus daripada kos operasi mereka.

Semoga ada usaha dari pihak kerajaan untuk menangani masalah kenaikan ini. Mungkin ada jalan terbaik selain terus membiarkan harga minyak di pasaran tempatan turut melambung tinggi dan membebankan rakyat.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.