Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen berkuat kuasa tengah malam tadi. Menurut beliau, kenaikan itu merupakan salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan.

“Pada masa ini, kerajaan menanggung subsidi minyak sebanyak 83 sen seliter bagi minyak petrol RON95 dan RM1 seliter bagi diesel,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dipetik dari Kosmo Online.

kenaikan harga minyak petrol dan diesel

Jumlah subsidi bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah sebanyak RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.