Berkuatkuasa esok (12.01 malam ini, Khamis 16 Jun 2011) kerajaan telah menurunkan harga minyak jenis RON 97 kepada RM2.80. Minyak RON 97 yang sebelumnya dijual dengan harga RM2.90 mengalami penurunan sebanyak 10 sen sejak ianya dinaikkan April lepas. Khabar ini mungkin tidak seberapa kerana hanya 10 sen saja penurunannya namun ia memberi petanda positif bahawa kerajaan telah berusaha untuk memberi ‘sesuatu’ kepada rakyatnya. Namun demikian, penurunan ini pastinya langsung tidak memberi kesan kepada peniaga. Jika semasa kenaikan harga minyak berlaku mereka heboh mengatakan kos perniagaan mereka meningkat dan perlunya kenaikan harga barangan mereka. Ni harga turun mereka nampaknya seolah-olah diam membisu (bagi ammboi  mereka ni dok senyap-senyap kira untung dalam selimut!….).


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.