Harga runcit bagi RON95 dan RON97 masing-masing naik 3 sen dan 2 sen seliter manakala diesel turun 3 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tiga sen menjadikan harga bermula Khamis ialah RM2.16 seliter berbanding RM2.13 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.43 berbanding RM2.41 sebelum ini.

Harga baru diesel pula turun 3 sen menjadikan harga jualannya RM2.08 seliter berbanding RM2.11.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 6 April 2017 hingga 12 April 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.