Pelancaran sudah, kini peminat permainan PlayStation sudah tentu tidak sabar menantikan ketibaan Playstation 4 dipasaran Malaysia. Playstation 4 akan mula berada di pasaran Malaysia pada 20 Disember 2013. Untuk makluman anda, Sony telah mengesahkan, harga pasaran bagi konsol permainan terbaru PS4 dari bermula pada harga RM1,799. Bagi unit yang berharga RM1,899 pula, pengguna akan turut menerima kamera serta alat kawalan yang dijual pada harga RM249 seunit.

ps4 malaysia

Para pembeli boleh membuat tempahan awal mulai 15 November 2013 sehingga 13 Disember 2013 melalui laman web Sony Store Online dan wakil penjual terpilih. Pembeli terawal untuk set bundle akan menerima sistem PS4 berserta langganan PlayStation Plus percuma selama 2 bulan dan PSN Money Voucher sebanyak RM20.

senarai harga playstation 4 ps4 di malaysia

Mulai 6 Disember, Sony akan melanjutkan pelan servis waranti kepada 6 negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. Pembeli layak menerima kemudahan perlindungan waranti selama 1 tahun ketika berada di keenam-enam negara sebaik sahaja PS4 dilancarkan.


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.