Harga runcit petrol RON95 RON97 dan diesel naik 10 sen seliter bagi Oktober 2015 berkuat kuasa tengah malam ini. Harga runcit petrol RON95, RON97 dan diesel sekarang ialah RM1.95 (seliter), RM2.35 (seliter) dan RM1.80 (seliter).

Manakala harga baharu RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter dan diesel RM1.90 seliter. Harga baharu petrol dan diesel berkenaan akan berkuatkuasa mulai 12.01 pagi, 1 Oktober ini (Khamis).

Bermula Julai lalu, tiada lagi notis pemberitahuan mengenai perubahan harga minyak kepada orang ramai dan hanya akan dimaklumkan kepada pengusaha minyak pada setiap hujung bulan.

HARGA RUNCIT PETROL RON95 RON97 DAN DIESEL NAIK 10 SEN OKTOBER 2015

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata ini kerana perubahan harga minyak akan menjadi rutin memandangkan harga minyak dijangka sentiasa berubah setelah kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit untuk petrol RON95, RON97 dan diesel mengikut kaedah Pengapungan Terkawal mulai 1 Disember, tahun lalu. [astroawani]


Penulis: ammboi

Cuba Menjadikan AMMBOI DOT COM Sebagai Laman Blog Perkongsian Pelbagai Maklumat Untuk Tatapan Bersama. Sudi-Sudikanlah Follow Dan Like Page Rakan Ammboi Untuk Mengikuti Perkembangan Isu Semasa Yang Terkini Lagi Terbaik Dari AMMBOI DOT COM! [Info Mungkin Dipetik Dari Beberapa Sumber Yang Dinyatakan | Sebarang Masalah Hubungi : [email protected]]

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.